• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Konvokesyen Ke-33 KPTM Lakar Dua Rekod Sejarah

oleh AK-47
04/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) kali ke-33 yang bermula 31 Oktober sehingga 3 November  kali ini menyaksikan seramai 7,357 orang pelajar bergelar graduan dengan menerima Ijazah, Diploma dan Sijil Profesional dalam bidang masing-masing.

Daripada 7,357 graduan seramai 5,695 merupakan graduan KPTM dan 1,662 graduan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur.

Pada konvokesyen kali ini KPTM telah melakar dua sejarah penting apabila kumpulan pertama dari KPTM Bangi seramai 133 graduan berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan Bachelor of Arts (Honours) in Accounting and Finance iaitu program kolaborasi dengan Dublin Business School (DBS), Ireland.

Sejarah kedua ditempa menerusi salah satu kampus milik KPTM iaitu KPTM Kuala Lumpur yang telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur, apabila berjaya melahirkan seramai 1,662 graduan pada konvokesyen pada kali ini.

Majlis Konvokesyen Ke-33 KPTM Dihadiri 7,357 Graduan

Majlis Konvokesyen Ke-33 KPTM Dihadiri 7,357 Graduan
Anugerah Platinum Diploma Nur Fatin Hanani Nor Azminuddin

Selain itu, seramai 361 graduan telah terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Anugerah Platinum Diploma disandang oleh Nur Fatin Hanani Nor Azminuddin dari jurusan Pengurusan dan Teknologi Pejabat secara kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA dengan HPNG : 3.98 manakala Anugerah Platinum Ijazah disandang Mohd Firdaus Ab Ghani yang mengambil jurusan Komputer Multimedia secara kerjasama dengan Universiti Coventry, United Kingdom.

Sehingga kini KPTM telah berjaya melahirkan hampir 40,000 graduan.

Kejayaan para graduan KPTM merupakan bukti jelas bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan KPTM tidak pernah meminggirkan tanggungjawabnya dalam membantu anak bangsa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: graduankonvokesyenKPTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di universiti luar negara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

NC UA Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera, Sasar Lahirkan Graduan Kompetitif

NC UA Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera, Sasar Lahirkan Graduan Kompetitif

27/02/2024
0

Naib-Naib Canselor Universiti Awam (UA) membentangkan Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera kepada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd