• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada ‘Bising’ Bekas Bos SPR Kini Naib Presiden PPBM

oleh
03/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Ini kisah pelik dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang semalam begitu bangga umum senarai lengkap para pemimpin utamanya.

Malangnya belum pun cukup sehari, sudah ada suara-suara sinis dari dalam parti berkenaan sendiri yang ‘bising’ mempertikaikan kewajaran nama individu itu dan ini untuk memegang beberapa jawatan besar dalam PPBM!

Alkisah seorang penyokong kuat Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar mempersoalkan keputusan pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden parti itu.

Selain mempertikaikan isu pemilihan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, beliau malahan ‘kecoh’ mempersoalkan pelantikan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai kepimpinan parti tersebut.

“Sejak bila pula mereka ini pernah berjuang melawan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)? Apabila rumah (parti ini) sudah siap, mereka senang sahaja masuk menjadi ahli baharu dan terus mendapat jawatan yang besar.

“Adakah mereka ada rekod tentang Najib?” soalnya kepada portal propembangkang Malaysiakini. Zaeinal berkata seperti beberapa pemimpin PPBM, beliau mahu tahu sama ada Abdul Rashid ada keberanian untuk berjuang.

“Adakah si Abdul Rashid ini ada jiwa politik berbanding kami yang sanggup pergi masuk ‘hutan belantara’ dan berjuang menegakkan bangsa, agama dan negara?” tanya beliau lagi yang dipetik oleh portal AgendaDaily.

Zaeinal mendakwa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lebih layak menjadi Naib Presiden PPBM berbanding dengan bekas bos SPR itu sendiri yang sekadar merupakan aktivis badan bukan kerajaan, Pertubuhan Pribumi Perkasa.

Katanya, kebanyakan muka baharu dilantik itu, selama ini hanya ‘bisu’ ketika pemimpin lain gigih berjuang bermati-matian menentang pentadbiran Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

“Mereka yang baharu dilantik dan tiba-tiba kemudian pegang jawatan tertinggi ini, saya tidak nampak keikhlasan dan pendirian dalam melawan Najib, kita tidak hendak ‘lalang’ yang tidak ada pendirian untuk menjadi pemimpin.

ppbm mpt

“Kita mahu betul-betul ikhlas, kita tidak tahu sejauh mana pendirian mereka sebab tidak pernah tunjuk keberanian menentang Najib, mereka hanya ‘tumpang’ ambil kesempatan atas kejayaan penubuhan PPBM,” kata Zaeinal.

Pengumuman ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM pada Rabu dilihat banyak pihak sebagai satu usaha menaikkan kembali kedudukan anak Mahathir sendiri, Datuk Seri Mukhriz apabila dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Malangnya ramai melihat pengumuman tersebut sebagai mengandungi banyak nama yang dianggap kitar semula, sudah pencen, ataupun langsung tidak dikenali, sekali gus mencetuskan persoalan misteri siapakah mereka itu?

Namun begitu, Muhyiddin turut mengukuhkan kedudukan dengan ‘letak’ orang kepercayaannya di posisi strategik iaitu Setiausaha yang disandang Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh dan Bendahari, Datuk Mohd. Salleh Bajuri.

Selain itu abang Muhyiddin, Tan Sri Abdul Aziz Yassin turut dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa PPBM. Mengulas lanjut, Zaeinal menegaskan sepatutnya Khairuddin dilantik untuk mengisi salah seorang daripada Naib Presiden.

“Khairuddin salah seorang individu selayaknya dilantik untuk jawatan tertinggi PPBM tetapi sekarang disandang pula oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Datuk Abdul Rashid Asari dan Datuk Hamidah Osman.

“Saya berjuang daripada mula bersama Khairuddin menentang Najib. Kita lalui pelbagai cabaran, pelbagai ugutan, ancaman dan sebagainya, malah sanggup berkorban nyawa, keselamatan, ‘periuk nasi’ pun kita korbankan.

“Adakah mereka itu berani buat macam itu? Adakah mereka berani buat laporan polis, tidur dalam lokap seperti Khairuddin? Mereka semua bisu!” tegas Zaeinal yang dipetik oleh portal Free Malaysia Today semalam.

Justeru, barisan pemimpin PPBM yang tidak pernah berjuang diingatkan supaya tidak membelakangkan Mahathir dalam membuat keputusan kerana kekuatan parti terletak pada aura beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

ppbm (1)

ppbm1 (1)

Tags: PPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd