• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakyat Malaysia Ditangkap Bawa Dadah Ke Singapura

oleh
02/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menangkap dua lelaki rakyat Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands hari ini kerana disyaki cuba membawa masuk dadah bernilai S$82,000 (kira-kira RM246,820).

Semasa pemeriksaan, para pegawai ICA menemui kira-kira 360gram dadah jenis ‘Ice’ (methaphetamine), 2,999 pil Erimin-5, dan 260 pil Ecstasy daripada bahagian bawah tempat duduk sebuah motosikal yang berdaftar di Malaysia.

Penunggang motosikal lelaki dan pemboncengnya, kedua-duanya berumur 24 tahun, dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB), kata ICA dalam satu kenyataan.

Menurut ICA Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika jumlah methaphetamine yang diseludup melebihi 250gram.

“Sempadan kami merupakan garisan pertahanan pertama dalam melindungi keselamatan Singapura dan pemeriksaan keselamatan juga penting bagi keselamatan negara kita,” kata ICA.

Menurut ICA, agensi Home Team akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas penumpang dan kenderaan di pusat-pusat pemeriksaan bagi mencegah cubaan pihak tertentu untuk membawa masuk orang yang tidak diingini, ubat-ubatan, senjata, bahan letupan dan kontraban lain. – BERNAMA

Tags: dadahSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd