• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bot Peronda Dari Australia Akan Beroperasi Di Selat Melaka

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua buah bot peronda terpakai yang akan diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari kerajaan Australia pada Mac tahun depan akan ditempatkan di perairan Selat Melaka bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia yang menjadikan perairan negara sebagai transit bagi mencari suaka ke Australia.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish, berkata pada masa ini pegawai dan anggota APMM yang akan ditugaskan di kapal berkenaan sedang dalam persediaan untuk menjalani latihan di atas bot itu sebelum membawanya pulang ke tanah air tahun depan.

“Dua buah bot jenis ‘Bay Class’ itu dijangka tiba selewat-lewatnya Mac tahun depan iaitu sebelum Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) berlangsung sebab ia turut akan mengambil bahagian dalam pameran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Upacara Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Penguatkuasaan APMM di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini hari ini.

Mohd Amdan berkata, sebagai strategi memantapkan lagi operasi APMM untuk mengawal perairan negara, enam kapal peronda kini sedang dibina di dermaga tempatan yang dijangka siap awal 2017.

“Kos pembuatan enam buah kapal sepanjang 43 meter setiap satu itu berjumlah RM385 juta,” katanya.

Katanya, enam buah bot itu adalah gantian kepada setiap enam daripada 30 kapal APMM yang telah uzur yang dilupuskan secara berperingat sehingga 2022.

Mengulas mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal tunda YTC M5 yang dilanggar sebuah kapal dagang kira-kira 16.5 kilometer dari Tanjung Gelang pada 30 Oktober lalu, beliau berkata APMM kini sedang menunggu kapal yang karam itu diapungkan dari dasar laut bagi meneruskan operasi pencarian tiga lagi anak kapal yang belum ditemui hingga kini.

“APMM telah pun menamatkan operasi pencarian baki tiga lagi kru kapal tersebut di kawasan kejadian. Tetapi kita akan menunggu kapal tunda itu diangkat dari dasar laut, mungkin kru berkenaan tersangkut di dalam kapal yang karam itu,” katanya.

Pada majlis itu seramai 189 pelatih menerima skrol masing-masing dan seterusnya menjalani latihan praktikal di laut selama empat bulan di semua Wilayah Maritim seluruh negara.

Turut hadir Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS, Datuk Mohd Taha Ibrahim. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd