• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Pertikai Manfaat Projek ECRL

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bagi membidas pelaksanaan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) Kuala Lumpur-Tumpat.

Pakatan Harapan dalam kenyataan mendakwa projek itu yang akan memberi manfaat besar kepada masyarakat terutama penduduk di pantai timur itu kononnya untuk menutup hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gabungan parti pembangkang yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) itu membuat dakwaan somborono tertsebut hanya berdasarkan tuduhan yang dilemparkan oleh media asing iaitu Sarawak Report.

“Paling membimbangkan ialah kos sebanyak RM55 bilion yang disebut adalah terlalu tinggi, apatah lagi berikutan dakwaan bahawa kos projek ini dinaikkan untuk menutup hutang 1MDB,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh Ahli Parlimen Pandan yang juga pakar propaganda PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming.

Pakatan Harapan turut mempertikaikan sama ada projek itu akan melibatkan pengunaan tenaga kerja dan kontraktor sepenuhnya dari China, penggunaan material sebanyak mungkin dari China dan melibatkan teknologi dan khidmat sokongan di masa hadapan yang sepenuhnya dari China.

Justeru, Pakatan Harapan mendakwa akan menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan satu ‘pre-feasibility study’ (PFS) untuk dibentangkan kepada rakyat dalam tempoh 30 hari dari sekarang.

“Kajian-kajian ini melibatkan anggaran jumlah penumpang, anggaran tiket, anggaran kos dan pertimbangan lain yang boleh menunjukkan sama ada projek ini boleh dibiayai tanpa membebankan rakyat,” dakwa mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini me­ngumumkan projek infrastruktur pengangkutan awam negara yang meliputi pembinaan landasan kereta api sepanjang 600 kilometer dari Kuala Lumpur ke Tumpat yang dikenali sebagai ECRL bagi manfaat rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ECRLpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd