• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelewengan LPG: Kerajaan Kerugian Lebih RM10 Juta

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM10.5 juta akibat kes penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi sehingga Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong berkata ia berdasarkan nilai rampasan kes-kes melibatkan penyelewengan LPG di seluruh negara.

Katanya KPDNKK dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan pelbagai agensi kerajaan lain telah melaksanakan ‘Ops Gasak’ bagi membanteras penyelewengan LPG bersubsidi itu.

“Sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 198 percubaan menyeleweng LPG bersubsidi berjaya dipatahkan dengan nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM5.763 juta,” katanya menjawab soalan Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat di sini.

Izani ingin tahu mengenai jumlah kerugian yang dialami kerajaan akibat kes penyelewengan LPG bersubsidi dan hasil kerjasama operasi KPNDKK dengan NRRET.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai penguatkuasaan mengawal kenaikan harga minyak masak, Henry berkata KPDNKK sentiasa bekerjasama dengan Friends Of KPDNKK dalam menyalurkan maklumat berhubung kenaikan produk itu.

“Orang awam antaranya ketua kampung dan penghulu perlu menyalurkan maklumat sekiranya mereka mengesan ada peniaga yang melanggar undang-undang dengan menaikkan harga barang khususnya minyak masak,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanLPG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd