• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Pembelian Luar Biasa Minyak Masak

oleh AK-47
01/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu meminta orang ramai supaya tidak terus membuat pembelian minyak masak secara luar biasa kerana ia hanya memburukkan keadaan.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abd Samat berkata pada hari ini, pihaknya menerima aduan dan khabar angin mengenai kekurangan bekalan minyak masak di sebuah pasar raya di bandar raya ini.

“Bertindak atas aduan, kami pergi ke pasar raya tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua 175 botol minyak masak bersaiz lima kilogram telah habis dijual semalam.

“Pasar raya itu memaklumkan stok bekalan baharu masih dalam perjalanan, sebanyak 2.16 tan metrik dan jumlah itu mencukupi untuk keperluan sekiranya tiada lagi pembelian panik secara berterusan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan minyak masak di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil pemeriksaan anggota KPDNKK Terengganu di pasar raya dan kedai runcit di Terengganu mendapati terdapat 6,179 kilogram minyak masak untuk pasaran di seluruh negeri, hari ini.

“Hasil pemantauan yang dilakukan di tujuh kilang pembungkusan semula minyak masak pla mendapati mereka masih ada stok yang mencukupi dengan kuota sebanyak 566 tan metrik setiap bulan.

“Hari ini, tujuh kilang pembungkusan itu telah mengeluarkan 42.97 tan metrik minyak masak untuk diagih ke semua pasar raya dan kedai runcit seluruh negeri,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya melaporkan kepada pihaknya jika ada pembelian bersyarat, atau menghubungi Bilik gerakan KPDNKK Terengganu di talian 09-620470 atau talian Hotline 1-800-886-800. – BERNAMA

Tags: KPDNKKMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd