AMERIKA SYARIKAT – Lagu ‘Pen Pineapple Apple Pen’ atau PPAP mungkin kedengaran aneh bagi sebahagian orang, tetapi siapa sangka lagu itu bukan sekadar viral di media sosial malah berhasil disenaraikan dalam carta Billboard Hot 100.
Menurut laporan laman Guinness World Records, lagu PPAP adalah lagu paling pendek yang pernah tersenarai dalam carta Billboard, dengan jumlah penstriman yang memberangsangkan.
Muzik video PPAP juga sudah ditonton lebih 67 juta kali sejak ia diperkenalkan di laman YouTube pada bulan Ogos dan semakin popular setelah penyanyi pop Justin Bieber menyifatkan video tersebut sebagai ‘video kegemarannya di Internet’ menerusi laman Twitter.
Video singkat tersebut, menampilkan pelawak Jepun Pikotaro yang memakai pakaian bercorak harimau bintang sambil menari dan menyanyi lagu berbahasa Inggeris yang liriknya mungkin kedengaran agak tidak masuk akal, yang berbunyi: “I have a pen. I have an apple. Apple pen (Saya ada pen. Saya ada epal. Epal pen).”
Pikotaro yang hadir di majlis pengiktirafan yang dianjurkan oleh Guinness World Records di Tokyo memberitahu sidang media: “Saya terkejut dengan populariti mengejut ini.â€
Beliau kemudian berseloroh sambil berkata: “Tanpa kesan daripada mesej Justin Bieber, saya rasa mungkin hanya empat orang yang akan datang ke sidang media ini.â€
Lagu tersebut menduduki tempat ke-77 dalam carta Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, kali pertama dalam tempoh 26 tahun seorang penyanyi Jepun berjaya memasuki carta Billboard Hot 100, lapor laman Guinness World Record. – Agensi