• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak akan membela anggotanya yang terlibat dalam sebarang gerakan menjatuhkan kerajaan seperti menyertai perhimpunan haram Bersih.

Timbalan Presiden II Cuepacs Mohd Shaziman Jaes berkata setakat ini, Cuepacs belum menerima sebarang laporan terdapat anggotanya terlibat dalam gerakan seumpama itu.

“Cuepacs menyokong kerajaan sebab kitalah anggota yang melaksanakan dasar kerajaan dan yakin semua penjawat awam menyokong kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog bersama kakitangan Kementerian Kesihatan di sini, Isnin.

Dalam perkembangan lain Cuepacs menggesa pihak jabatan mempercepatkan penstrukturan perjawatan agar penjawat awam boleh menikmati gred baharu yang diwujudkan.

Mohd Shaziman berkata pekeliling mengenai perkara itu dikeluarkan sejak lima bulan lepas oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun pelaksanaannya sangat perlahan malah belum ada permohonan daripada jabatan tertentu walaupun gred baharu telah diwujudkan.

“Kita menganggap seolah-olah ada kekangan tertentu mengenai perkara ini dan jabatan belum membuat tindakan yang ketara.

“Kita mahukan unjuran kenaikan pangkat bagi memberi peluang kepada kakitangan yang berada di tahap tertentu untuk mengisi gred yang diwujudkan itu,” katanya.

Mohd Shaziman berkata isu itu menjadi persoalan dalam kalangan kakitangan awam kerana kerajaan telah memberi laluan dengan mewujudkan gred baharu, namun pelaksanaannya seakan-akan disekat di peringkat jabatan.

“Amat rugi apabila peluang kenaikan pangkat atau gred diwujudkan tetapi tiada tindakan (di peringkat jabatan), sekaligus menyebabkan kakitangan melihat hak mereka dinafikan,” katanya. – mStar Online

Tags: BersihCuepacs
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd