• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tercampak, Terduduk Atas Bumbung Teksi

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – “Saya hairan di mana penunggang motosikal itu, namun ketika menoleh ke atas saya terpandang seorang wanita terduduk dia atas bumbung teksi saya.

“Saya kemudian pergi ke arah wanita itu dan membantunya turun dari bumbung teksi selain melihat jika ada sebarang kecederaan dialami, namun wanita itu hanya memaklumkan sakit di bahagian tangan dan kaki serta masih trauma,” kata pemandu teksi, L Rajendran, 48.

Rajendaran adalah pemandu teksi yang terbabit kemalangan dengan motosikal ditunggang wanita berusia 50-an di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Butterworth-Kulim, di Jalan Lunas, petang semalam.

Berpantang maut sebelum ajal, wanita itu tercampak dan terduduk di atas bumbung teksi berkenaan. Kejadian itu mengejutkan pengguna jalan raya lain yang turut merakam gambar mangsa sebelum ‘viral’ di media sosial.

Rajendran berkata, ia pengalaman kemalangan paling mengejutkan, namun lega tidak membabitkan kecederaan atau kematian.

“Selepas terdengar bunyi dentuman kuat saya terus memberhentikan teksi dan bergegas keluar untuk mencari mangsa kemalangan.

“Ketika itu saya ternampak sebuah motosikal terbalik di belakang teksi dan cuba mencari penunggangnya, sebelum terkejut apabila melihat seorang wanita dalam keadaan terduduk di atas bumbung teksi,” katanya ditemui selepas membuat laporan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini, semalam. – myMetro Online

Tags: kemalanganmotosikalWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan...

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd