• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tukar Jantina, Maut Dibelasah Selepas Kahwin

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki yang menukar jantina, telah dipukul hingga mati, beberapa jam selepas melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Victor di Rusia.

Tindakan Adam Aliev, 25, yang menjalani pembedahan menukar jantina dan menukar nama kepada Raina, telah mengejutkan keluarganya hinggakan bapanya dilaporkan mengalami serangan angin ahmar manakala ibunya pula tidak berhenti menangis sejak mengetahui anak mereka menjadi perempuan.

Adam beragama Islam dan telah menanam implan payudara serta membuang alat sulit lelaki dalam pembedahan yang mengejutkan ramai itu, yang dilakukan bulan lepas.

“Dia menipu saya, dia ke Moscow, menjalani pembedahan dan bertukar daripada lelaki menjadi perempuan.

“Dan di Chechnya perkara ini telah diketahui. Saya tidak mahu berjumpa dengannya. Saya melahirkan anak lelaki. Ia memalukan keluarga,’’ kata ibunya yang dilaporkan tidak lagi bercakap dengan jiran tetangga.

Keluarga Adam menetap di Dagestan. Dia dilaporkan menukar jantina kerana mahu mengahwini lelaki pujaannya.

Dalam pada itu, mufti Dagestan yang dipetik akhbar KP berkata, menukar jantina adalah sama sekali dilarang oleh Islam kerana ia bermakna lelaki akan menjadi wanita.

“Pembedahan itu hanya boleh dilakukan dalam satu kes sahaja iaitu apabila seseorang itu dilahirkan sebagai hermaphrodite, iaitu memiliki dua jenis alat kelamin dan individu terbabit perlu memilih jantina tertentu,’’ katanya.

Sementara itu, timbalan ketua kampung, Abdutagur Israpilov berkata, Adam memang kelihatan feminin malah suaranya juga seperti budak perempuan.

Adam katanya, telah berhijrah ke Makhachkala sebelum ke Moscow, untuk bekerja di kelab malam.

“Saya tidak salahkan diri (tukar jantina). Saya dengar Adam telah menukar jantina dan berkahwin dengan lelaki dari Kabardino-Balkariya.

“Dia menerima ancaman dan telah melaporkan kepada polis. Boleh dikatakan setiap lelaki di Caucasus ingin membunuhnya. Mengikut tradisi kami, ia memalukan keluarga dan seluruh Caucasus,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kahwinPondanTukar Jantina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

06/01/2023
0

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini, Puteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd