• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Hidap Tibi ‘Lesap’ Punca Penyakit Itu Menular

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga asing yang ‘lesap’ selepas dikesan dijangkiti tuberkulosis atau batuk kering menjadi antara punca penyakit itu menular di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menurutnya, mereka menghilangkan diri kerana takut dihantar pulang ke negara masing-masing setelah Kementerian Kesihatan membuat laporan mengenai penyakit yang dijangkti mereka kepada Jabatan Imigresen.

“Sepanjang tahun lalu, 12.3 peratus daripada kes tibi di negara ini melibatkan warga asing,” katanya menjawab soalan tambahan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) mengenai kaitan antara warga asing dan kes tibi, pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Apabila mereka menghilangkan diri, mereka akan menjangkiti orang lain yang berada di sekeliling mereka juga. Ini masalah yang kita hadapi,” kata Dr Hilmi.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata warga asing yang dikesan menghidap tibi akan diberi rawatan sehingga enam bulan bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit itu.

Katanya, pekerja asing yang datang secara sah ke negara ini perlu menjalani saringan kesihatan di negara asal terlebih dahulu sebelum menjalani saringan sekali lagi di Malaysia dan tidak dibenarkan bekerja di negara ini jika didapati menghidap penyakit termasuk tibi.

Dr Hilmi berkata jumlah kes tibi di negara ini meningkat daripada 10,800 kes pada 1990 kepada 24,220 kes pada 2015, peningkatan 124 peratus dalam tempoh 25 tahun.

Beliau seterusnya berkata kerajaan komited untuk menamatkan epidemik tibi melalui Pelan Strategik Kebangsaan Kawalan tibi, dengan pengesanan dan rawatan awal sebagai strategi utama.

Beliau berkata pada 2015, 549,288 pesakit di Jabatan Pesakit Luar yang mempunyai tanda dan gejala tibi menjalani pemeriksaan kahak.

Pemeriksaan sinar-x dada turut dilakukan ke atas golongan berisiko tinggi mendapat penyakit tinggi seperti kontak kepada pesakit tibi, pesakit kencing manis, penghidap HIV, warga emas, perokok dan pesakit paru-paru kronik.

Katanya, 275,972 golongan berisiko tinggi telah disaring dengan sinar-x pada dada dan sejumlah 3,039 kes tibi dikesan tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Tibiwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif

Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif

06/02/2026
0

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kluster Tuberkulosis atau tibi di Kota Tinggi pada 25 Januari lalu dengan 33...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd