• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembunyi Minyak Masak: Peruncit Dikenakan Tindakan

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang pengusaha kedai runcit menjadi individu pertama di Langkawi dikenakan tindakan kerana menyembunyikan minyak masak apabila barangan keperluan seberat 885kg yang bernilai RM2,232 itu dijumpai disembunyikan di premisnya di Kuah, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bahagian Langkawi Shamnaziman Mohamed Taulan hari ini berkata minyak masak 765kg itu dibungkus di dalam beg plastik 1kg setiap satu manakala 120kg lagi masing-masing di dalam botol 5kg, dijumpai disembunyikan di satu sudut dan di bawah kaunter kedai itu di Jalan Pandak Mayah.

“Pengusaha kedai itu gagal memberi jawapan memuaskan tentang stok berlebihan yang dimilikinya, jadi kami mengenakan tindakan terhadapnya kerana membuat perisytiharan palsu dan menyembunyikan minyak masak, yang merupakan barang kawalan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi pemilikan perniagaan individu dan RM2 juta bagi syarikat.

Siasatan setakat ini tidak menunjukkan bahawa barangan yang dirampas itu untuk diseludup keluar dari Langkawi kerana pengusaha kedai itu dipercayai hanya cuba menyimpan stok berikutan khabar angin bahawa harga minyak masak akan dinaikkan tidak lama lagi, kata Shamnaziman. – BERNAMA

Tags: Minyak Masakpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd