• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Retikulasi Atasi Masalah Kurang Bekalan Air

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka supaya mengkaji retikulasi air di negeri ini bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air terutamanya di kawasan tadahan.

Beliau berkata kajian secara terperinci perlu dilakukan sebagai insiatif mengelak catuan selain mengurangkan risiko banjir seperti dilaporkan berlaku di dua kawasan di Jasin iaitu Kampung Tanjung Laboh dan Parit Lampong.

“Pertamanya, kita kena uruskan sumber (air) dengan sebaiknya kerana kawasan yang kerap ditimpa hujan ini sepatutnya mempunyai satu talian air untuk menghantar terus air limpahan itu ke kolam takungan ketika musim hujan di tempat lain.

“Kita juga perlu mengenal pasti jenis kawasan sama ada tinggi atau rendah di samping, yang kerap, kurang mahupun kadang-kadang ditimpa hujan supaya hujan yang tidak turun di kawasan kolam tadahan boleh dialirkan ke kawasan tadahan secara lebih cekap,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Melaka International Bike Fest di Litar Sukan Motor Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas. Turut hadir Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad.

Program pertama kali diadakan di Melaka itu dianjurkan BV Global Enterprise dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka yang dijangka menarik kehadiran 10,000 penunggang motosikal dari seluruh negara.

Idris juga berkata mana-mana tempat yang tidak memerlukan pam hanya dengan menggunakan tarikan graviti, air itu boleh turun ke kolam tadahan di mana langkah membina talian air secara paip mahupun semula jadi boleh diambil.

“Jika semua kaedah berkenaan digabung jalin dalam satu kerangka besar iaitu dilihat secara menyeluruh maka hujan yang turun di kawasan yang bukan kolam tadahan mampu dialirkan secara lebih cekap ke tempat kolam tadahan tersebut.

“Ini merupakan satu fenomena yang menarik, di mana satu tempat kita mahu hujan manakala di satu tempat lain kita mengalami banjir, justeru saya yakin dengan kajian ini, kawasan kolam tadahan kita tidak akan mengalami masalah kekurangan bekalan air,” katanya. – BERNAMA

Tags: bekalan airIdris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd