• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Singapura Dikhuatiri Lemas Ketika Berkayak

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki warga Singapura dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti berkayak bersama enam lagi rakannya di Sungai Tesong di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Mohd Nadzir Abd Razak berkata mangsa, Koh Kah Wei, 30, menyertai satu kumpulan dari Singapura melakukan aktiviti itu sebelum terjatuh daripada kayaknya.

“Kayak yang mangsa naiki terlanggar kayu sebelum terbalik dan mangsa terjatuh dalam sungai. Rakannya cuba membantu tetapi gagal kerana arus deras,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 4.48 petang dan satu jentera bersama enam anggota diarahkan ke tempat kejadian.

“Operasi mencari dilakukan dengan menyusuri sungai dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) mencari di tempat mangsa jatuh. Arus deras, hujan lebat dan cuaca gelap menyukarkan operasi itu.

“Operasi disambung semula pada pukul 8 pagi tadi dengan bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti air ketika fenomena monsun timur laut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. – BERNAMA

Tags: mati lemaswarga singapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Lelaki Maut Dalam Pergaduhan, Dua Warga Singapura Direman

Lelaki Maut Dalam Pergaduhan, Dua Warga Singapura Direman

28/10/2023
0

Johor Bahru : Dua lelaki warga Singapura ditahan reman selama sehari bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata tajam hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd