• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki Trofi Juara-Juara Asia: Pakistan Sekat Malaysia Ke Final

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Malaysia gagal melangkah ke final Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 selepas kalah 3-2 kepada juara bertahan, Pakistan melalui penentuan pukulan penalti di Stadium Hoki Kuantan di sini, malam ini.

Perlawanan separuh akhir itu terpaksa diputuskan dengan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan.

Seawal babak permainan, kedua-dua pasukan dilihat begitu berhati-hati mengatur strategi dan berbalas serangan untuk mencari kelebihan gol awal.

Malaysia berada di hadapan pada minit ke-18, apabila Shahril Saabah menjaringkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti.

Pada separuh masa kedua, Pakistan bermula garang apabila meledakkan gol penyamaan melalui Abdul Khan dengan gol padang pada minit ke-34.

Malaysia dan Pakistan bagaimanapun gagal menambah jaringan meskipun sering berbalas asakan sehingga tamat waktu permainan.

Dalam penentuan pukulan penalti, tiga gol Pakistan dijaringkan oleh Abdul Khan, Muhammad Ifran Jnr dan Muhammad Arslan Qadir.

Malaysia pula menyudahkan pukulan penalti menerusi Firhan Ashari dan Faizal Saari.

Dengan keputusan itu, Pakistan akan bertemu dengan musuh tradisi India pada final esok manakala Malaysia akan menentang Korea Selatan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat, pada hari yang sama. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd