• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Menyeluruh Punca Sungai Buah Tercemar

oleh Ahmad Albab
29/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Siasatan bersepadu akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca pencemaran di Sungai Buah yang mengalir ke Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata beliau telah mengarahkan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melakukan siasatan bersama kerajaan negeri Selangor.

“Kita mesti mengenal pasti dan menyaman pihak bertanggungjawab. Kita perlu menggunakan undang-undang yang ada seperti Ordinan Kerajaan Tempatan, undang-undang dan peraturan JAS serta hukuman berat bagi kesalahan seperti ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Junaidi percaya pencemaran itu tidak dilakukan secara sengaja kerana ia berterusan antara dua hingga tiga hari lalu.

“Sama ada orang atau pemilik kilang yang cuai, jahil atau tidak prihatin tentang kesan pembuangan air buangan ke dalam sungai, kita akan menyiasat hingga ke akar umbi.

“Tapi saya mesti tekankan di sini, kita hanya akan menyiasat dan kemudian merujuk hasil siasatan kita kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pendakwaan,” katanya.

Beliau juga berkata beliau telah menerima pelbagai laporan bahawa pencemaran dikatakan berpunca daripada hasil buangan sisa dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sing Sing Coffee Sdn. Bhd. (Sing Sing Coffee) membuat laporan polis serta mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd