• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25 Gerabak Kosong KTMB Tergelincir Di Batu Gajah

oleh
28/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebuah kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersama 41 gerabak yang dalam perjalanan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh untuk mengambil simen tergelincir.

Kejadian itu mengakibatkan tren tersebut mengalami kerosakan dan kebakaran kecil pada bahagian enjin di Kampung Bakap berhampiran stesen KTMB Batu Gajah, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd. Khairul Jamil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 3.43 pagi Jumaat.

Dua buah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dan BBP Simpang Pulai dikerahkan ke lokasi. Seramai kira-kira tiga pegawai kanan dan 18 anggota terbabit dalam operasi berkenaan.

“Operasi tidak ambil masa lama iaitu hanya kira-kira 10 minit sahaja namun kami perlu tunggu pihak KTMB potong bekalan elektrik terlebih dulu sebelum memulakan operasi pemadaman bagi mengelak kejadian tidak diingini.

ktm1

25 Gerabak Kosong KTMB Tergelincir Di Batu Gajah

“Kira-kira 25 daripada 41 gerabak kereta api berkenaan terbakar namun tiada penumpang yang cedera berikutan kereta api berkenaan tidak membawa sebarang muatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Jamil seterusnya berkata, kebakaran tersebut berjaya dikawal dan anggota bomba kemudian membuat pemantauan rapi bagi memastikan api selamat dipadamkan dengan sepenuhnya.

“Ketika tiba di tempat kejadian, masih ada berlaku kebakaran kecil di bahagian enjin. Kini operasi pengalihan sedang giat dilakukan dan operasi pemadaman tamat pada pukul 8.15 pagi Jumaat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd. Nasri Omar berkata, setakat ini 10 gerabak sudah berjaya dialihkan dan hanya tinggal 15 gerabak lagi yang masih dalam proses pengalihan.

Sementara itu, jurucakap KTMB berkata, kerja-kerja pembaikan mungkin mengambil masa yang agak lama dan kemungkinan mengakibatkan gangguan pada jadual perjalanan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Katanya, penumpang ETS akan dibawa dengan menaiki bas sewa khas dari stesen Ipoh ke Kampar dan Tanjung Malim untuk menaiki tren ETS yang lain sehingga sampai ke destinasi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KTMB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd