• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kecemasan Dan Trauma HSA Ditutup

oleh Ahmad Albab
28/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang lazimnya sibuk, pagi ini lengang dan sunyi, selepas operasi dan perkhidmatannya dihentikan sementara.

Jabatan tersebut merupakan sebahagian daripada bangunan induk HSA, yang diarahkan tutup sementara secara berperingkat mulai semalam.

“Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah ditutup sehingga diberitahu. Sekiranya ada kecemasan, sila ke klinik atau hospital kerajaan yang berhampiran,” menurut satu notis yang ditampal di hadapan jabatan itu.

Wartawan Bernama yang membuat liputan di hospital itu mendapati suasana di perkarangan jabatan itu lengang dan sunyi.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengumumkan bangunan induk HSA akan ditutup sementara secara berperingkat.

Ini bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan keselamatan termasuk pendawaian, struktur dan hal berkaitan, yang dijangka mengambil tempoh antara dua dan empat minggu. – BERNAMA

Tags: HSA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu

Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu

21/05/2023
0

Johor Bahru : Insiden kepulan asap di Bilik High Voltage di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam berpunca daripada...

RM140 Juta Naik Taraf HSA

RM140 Juta Naik Taraf HSA

20/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM140 juta bagi menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ikuti Mynewshub: Telegram Pengerusi Jawatankuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd