• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Pelaksanaan COSS Dikaji Elak Rakyat Terbeban

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak meminta kementerian berkaitan mengkaji dan memperhalusi beberapa perkara susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang akan dilaksanakan mulai 1 Nov.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Masyarakat Sivil negeri Datuk Samsudin Abu Hassan berkata perkara itu amat penting agar golongan sasar yang layak menerima subsidi iaitu rakyat berpendapatan rendah dapat dibantu.

Samsudin turut mencadangkan supaya Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi mengkaji semula had kuota minyak masak paket 1 kilogram (kg) di Perak daripada 4,000 metrik tan kepada jumlah yang lebih sesuai.

“Kalau mengikut jumlah yang disyorkan satu penduduk menggunakan 2 kg minyak masak sebulan maksudnya kalau 3 juta penduduk di Perak jumlah itu perlu ditingkatkan kepada 6,000 agar golongan B40 tidak terbeban,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan dan Perasmian Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) negeri di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan harga minyak masak paket 1 kg kekal RM2.50 mtetapi minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov ini.

Ia berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses (olein) dari RM2,341 satu tan pada Januari tahun lepas kepada hampir RM3,000 satu tan sekarang.

Mesyuarat Kabinet pada 21 Sept lepas bersetuju supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil alih pengurusan COSS daripada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bermula 1 Nov.

Selain itu, Samsudin menggesa supaya pelaksanaan COSS dapat diperhalusi agar benar-benar berhasil termasuk mengelakkan peniaga (peruncit) daripada membeli dalam jumlah yang banyak untuk dijual semula.

“Jika tiada sekatan terhadap peniaga, minyak masak bersubsidi ini akan cepat habis memandangkan minyak masak bersubsidi di Perak hanya 4,000 tan metrik akhirnya menyebabkan golongan sasar tidak dapat dibantu,” katanya.

Samsudin juga meminta penguatkuasa supaya memantau tindakan pembungkus semula dan pengilang supaya tidak tidak berlaku ketirisan dalam pengedaran minyak masak.

“Penguatkuasa perlu membuat imbang dan periksa ke atas minyak yang dibungkus semula ini untuk tengok berapa bilangan yang dikeluarkan dan seterusnya dibekalkan kepada pekedai supaya mereka tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah KPDNKK negeri Suhaimi Mat Sari mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan sesuka hati berikutan keputusan kerajaan itu.

Beliau menegaskan mana-mana peniaga yang didapati bersalah menaikkan harga barangan sesuka hati boleh didakwa mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – BERNAMA

Tags: Minyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd