• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWKM Cadang Insurans Untuk OKU 15 Tahun Ke Bawah

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang memperkenalkan pelan perlindungan insurans untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) berumur 15 tahun ke bawah.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata usaha itu dilakukan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) selaku badan yang mengawal selia sektor perbankan dan insurans untuk mencari pelan perlindungan insurans yang sesuai.

“Saya menyeru semua syarikat insurans untuk menawarkan pakej perlindungan yang sesuai kepada OKU termasuk kepada kanak-kanak OKU,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu semasa Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat, Rohani berkata pada masa ini, insurans yang ditawarkan hanyalah untuk OKU berumur di antara 16 hingga 70 tahun.

“Hasil kerjasama dengan BNM, pada 24 Jun 2015, Allianz Malaysia Berhad memperkenalkan produk Allianz Ability Life iaitu pelan insurans hayat yang diperbaharui setiap tahun untuk golongan OKU dengan kadar premium serendah RM50 setahun dan jumlah insurans RM25,000 dan RM70 setahun untuk jumlah insurans RM50,000,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).

Ahmad Nazlan bertanya tentang usaha kementerian untuk membantu OKU memiliki polisi insurans memandangkan mereka sukar mendapat pelan pelindungan bersesuaian dengan kadar premium rendah.

Rohani berkata kerajaan sentiasa komited untuk memastikan kesaksamaan hak dan peluang yang sama dapat diberikan kepada OKU untuk kebajikan mereka. – BERNAMA

Tags: KPWKMOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

19/11/2025
0

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta ibu bapa yang mempunyai anak terdedah gejala penganiayaan seksual dalam...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd