• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Miliki Skuad Elit Bagi Operasi Bahaya

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini mempunyai skuad elit khas bagi melaksanakan tugas dan operasi berbahaya termasuk menghadapi kumpulan ‘tonto’, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata pasukan tindakan cepat pegawai kastam yang mendapat latihan khas daripada Polis Diraja Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya 25 anggota di setiap negeri.

“Pasukan ini akan digunakan bagi serbuan berbahaya,” katanya pada majlis mesra Ketua Pengarah Kastam Bersama Media di Lapang Sasar Avtec di sini hari ini.

Difahamkan skuad berkenaan sudah mula terlibat dalam operasi JKDM kebelakangan ini terutamanya dalam misi mematahkan penyeludupan pelbagai komoditi.

Awal bulan ini seorang pegawai Kastam, Anisah Ali, 54, meninggal dunia setelah kenderaaan yang dinaiki Allahyarham dirempuh tonto ketika mengejar sebuah lagi kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup dalam operasi di Kelantan.

Mengulas mengenai pencapaian bahagian penguatkuasaan JKDM 2016, Khazali berkata sehingga 15 Okt 2016 pihaknya berjaya merampas pelbagai barangan bernilai RM387.19 juta melibatkan duti atau cukai sebanyak RM542.10 juta daripada 5,612 kes.

Ia melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 membabitkan rokok, dadah, kenderaan, minuman keras, mercun dan bunga api. – BERNAMA

Tags: Kastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd