• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sambutan Deepavali Negeri, Hormati Waris

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sambutan Deepavali peringkat negeri Johor tidak akan diadakan bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R. Vidyananthan berkata kerajaan negeri serta masyarakat umumnya masih berdukacita dengan kejadian menyayat hati itu dan mahu sama-sama memberi penghormatan kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan waris dalam kebakaran itu.

Beliau berkata kejadian itu, yang meragut enam nyawa pesakit kritikal di ICU, masih segar di minda masyarakat dan berharap orang ramai dapat bersama-sama memberi penghormatan.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak mengadakan sambutan Deepavali peringkat negeri pada tahun ini berikutan peristiwa menyedihkan yang berlaku di HSA. Kita mahu menghormati mangsa dan perasaan keluarga mangsa,” kata Vidyananthan ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, MIC mengumumkan pembatalan majlis rumah terbuka Deepavali anjuran parti itu Sabtu ini bagi menghormati mangsa dan waris mangsa berikutan insiden kebakaran di ICU, HSA itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Vidyananthan berkata kerajaan negeri membiayai urusan penghantaran pulang jenazah mangsa yang terkorban dalam kebakaran pada Selasa, untuk urusan pengkebumian dan keagamaan di kampung halaman masing-masing.

Pada kejadian kira-kira 9 pagi itu, enam pesakit kritikal di ICU terkorban manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan. Tiga kakitangan HSA cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Mereka yang terkorban ialah K. Logeswaran, 20,; Choo Lin Fung, 37, Toh Ah Wah, 60, Yusof Hassan, 53, M. Kaliama, 23, dan C. Neeramala Devi 24.

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan RM2,000 kepada waris mangsa yang meninggal dunia, RM5,000 yang cedera parah dan RM3,000 untuk mangsa yang cedera dalam tragedi itu. – BERNAMA

Tags: DeepavaliHospital Sultanah Aminah (HSA)kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd