• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Rakyat Malaysia Ditahan Filipina, Pakar Bom

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Susulan penahanan seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Filipina baru-baru ini, polis menafikan lelaki berkenaan seorang pakar bom.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis, bagaimanapun, masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa Filipina berhubung penahanan lelaki dikenali sebagai Ahmad Tarmizi Mohamad Sayuti berusia 30-an, berasal dari Kelantan.

“Daripada risikan yang dibuat, dia bukan pakar bom…Kami akan menyiasat tujuan dia ke sana (Filipina).

“Mungkin tujuan dia untuk menyebarkan agama Islam atau menuntut ilmu lanjutan di sana. Kami sedang menunggu laporan penuh daripada pihak Filipina,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Khalid sebelum itu menyampaikan sijil kepada 68 pegawai dan anggota dari Balai Polis Brickfields dan Taman Tun Dr Ismail sempena majlis graduasi peserta kursus ‘Service Excellence Delivery In Action’ yang diadakan selama sebulan.

Beliau berkata polis belum dapat mengesahkan Ahmad Tarmizi, yang ditahan di Maluso, Filipina, kira-kira tiga minggu lalu, adalah ahli kumpulan militan.

“Saya belum dapat mengesahkan sama ada dia militan atau tidak, sehingga menerima laporan penuh dari Filipina,” kata Khalid.

Media Filipina sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia ditangkap di Pelabuhan Maluso ketika cuba menyusup masuk ke Malaysia awal bulan ini dan kini di bawah tahanan pihak berkuasa Filipina. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd