• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Adik Sayang Mama’ – Ungkapan Akhir Adik Qayyum

oleh AK-47
27/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘ADIK sayang mama’ – demikian ungkapan terakhir Muhammad Hafiq Qayyum Abdullah sebelum pergi menghadap Ilahi, akibat penyakit kanser darah atau Leukemia AML M7 yang dihidapi, pagi semalam.

Adik Qayyum, 3, yang pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana mahu bertemu dengan adiwira kegemarannya, Ultraman, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, kira-kira pukul 8.15 pagi.

'Adik Sayang Mama' - Ungkapan Akhir Adik Qayyum

'Adik Sayang Mama' - Ungkapan Akhir Adik Qayyum

Jenazah Qayyum telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Pusara, Telok Gong, Klang kira-kira jam 1 petang, pada hari yang sama.

Menurut ibunya, Siti Norhasimah Uprejar; 29, malam sebelum pemergian anaknya, Qayyum tidak henti-henti batuk hingga menyebabkan wajahnya pucat dan badannya mula berbintik-bintik sebelum dibawanya ke hospital kira-kira 2.30 pagi.

'Adik Sayang Mama' - Ungkapan Akhir Adik Qayyum
Siti Norhasimah Uprejar; 29.

“Kami sampai HKL jam 4 pagi. Masa itu, Qayyum dah sesak nafas dan doktor pun minta kami sekeluarga terima segala kemungkinan. 

“Waktu dia dah nazak, saya cakap dengan dia ‘mama dah halal susu yang mama bagi, kalau adik nak pergi… pergilah. Mama redha. Dalam pukul 8, dia tarik nafas sekali je sebelum meninggal dunia,” katanya yang ditemui Mynewshub, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Siti Norhasimah turut menahan sebaknya apabila mengingati ungkapan terakhir anak bongsunya sebelum pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya.

Kata Siti Norhasimah lagi, sepanjang perjalanan ke hospital itu tidak henti-henti anaknya mengucapkan ‘adik sayang mama’ menyebabkan hatinya diruntun rasa sayu.

Bagaimanapun, Siti akui dia sekeluarga redha dengan pemergian anak kesayangan itu kerana sudah tidak sanggup melihat Qayyum terus menderita menahan sakit yang dihidapi.

Malah, beberapa hari sebelum Qayyum meninggal dunia, Siti Norhasimah mengakui dia menyedari perubahan sikap anaknya itu.

'Adik Sayang Mama' - Ungkapan Akhir Adik Qayyum

“Qayyum selalunya suka sangat makan udang. Tapi tiba-tiba dia tiada selera dan hanya makan seekor udang.

“Selalu dia kalau nak tidur suka tutup lampu. Namun akhir-akhir ini nak sentiasa buka lampu.

“Kemudian, dekat semua orang termasuk datuknya dia ucap kata-kata sayang,” katanya.

Pada April lalu, Qayyum pernah menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yang diperoleh daripada abang sulungnya, Muhammad Fakrul Fahmi.

Minggu lalu, Mynewshub berpeluang bertemu dengan adik Qayyum yang meluahkan permintaannya menginginkan sambutan hari jadi bertemakan watak adiwira terkenal Ultraman.

Baca: Permintaan Qayyum Nak Birthday Tema Ultraman

Sebelum ini, Qayyum ada menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yang diperolehi daripada abang sulungnya, Muhammad Fakrul Fahmi; 9, pada April, dan menunjukkan perkembangan positif.

Namun, semuanya berubah baru-baru ini apabila doktor mengesahkan sel kansernya kembali aktif dan merebak sehingga menyebabkaan Qayyum sudah berada di tahap yang sudah tidak dapat dirawat.

Penderitaan adik Qayyum mendapat perhatian umum apabila dikunjungi artis seperti Ajak Shiro yang berpakaian adiwira Ultraman, Lisa Surihani, Siti Elizad dan ramai lagi yang prihatin akan nasibnya.

'Adik Sayang Mama' - Ungkapan Akhir Adik Qayyum

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga adik Qayyum, boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun Maybank bapanya, Abdullah Ashaari, 162450246179. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hafiq QayyumKanser DarahLeukemia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Pesakit Leukemia Capai Impian Naik MPV Meninggal Dunia

22/02/2021
0

KEPALA BATAS - Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukemia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini mencapai impiannya untuk...

Tular Alamat Aneh, Gadis Jual Coklat Rawat Leukemia

04/01/2019
0

NADIR... Tiada siapa sangka gadis yang curi tumpuan ramai gara-gara alamat pelik tertera pada bungkusan barang pesanannya dari Kampung Jerantut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd