• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Tunda & Baj Dirompak 62 Batu Nautika Dari Bintulu

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebuah bot tunda dan baj yang dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Tawau, Sabah, menuju Pelabuhan Klang, dilaporkan dirompak sekitar 62 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu, kira-kira 8.30 malam, Selasa.

Bagaimanapun, Pengarah Maritim Daerah 12 Bintulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata bot tunda Ever Ocean Silk dan baj Ever Giant itu ditemukan pada 3.24 petang semalam oleh kapal maritim APMM, KM Jepak kira-kira 30 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu.

“Semua 10 kru dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan, namun masih trauma,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan APMM di sini awal pagi ini.

Beliau berkata perompak bersenjatakan parang mengambil beberapa peralatan komunikasi, dan sejumlah minyak diesel telah dipindahkan ke bot perompak.

“Kumpulan perompak itu menaiki dua bot, satu daripadanya jenis kayu. Jumlah perompak tidak dapat dipastikan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Aminuddin Abdul Rashid berkata sebaik APMM menerima laporan mengenai kehilangan bot tunda dan baj itu pagi semalam, kapal maritim APMM — KM Jepak dan KM Tabah serta Bot Penggalang 33 dikerah bagi mengesan bot tunda dan baj itu.

Menurutnya bot tunda serta baj itu dilaporkan membawa muatan 2,499 tan minyak kelapa sawit yang dianggar bernilai RM14.99 juta. – BERNAMA

Tags: APMMLanun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd