• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadar, Baju Pesakit, Langsir Antara Punca Api Marak

oleh AK-47
27/10/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bahan mudah bakar seperti cadar, baju pesakit dan langsir antara punca yang menyebabkan api pantas marak dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru semalam.

Perunding Keselamatan Kanan Ficosafe Consultants Sdn. Bhd., Samad Rahim menjelaskan selain haba dan oksigen, bahan mudah bakar berkenaan antara elemen yang menyebarluaskan kebakaran sehingga tidak dapat dikawal.

“Kebakaran itu juga mungkin berlaku di tempat yang agak tertutup menyebabkan bahang kuat dan cepat menyambar langsir serta bahan mudah bakar lain yang terdapat di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Samad, yang berpengalaman luas dalam khidmat runding keselamatan pelbagai bangunan termasuk reka bentuk hospital, berkata demikian semasa mengulas insiden kebakaran di HSA pada kira-kira 9 pagi semalam.

Kebakaran di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA itu meragut nyawa enam pesakit yang dirawat di wad ICU manakala seorang lagi pesakit dapat diselamatkan. Tiga petugas HSA pula cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Ditanya mengenai kebakaran, yang dipercayai sukar dikawal kerana penggunaan alat bantuan pernafasan mengandungi oksigen oleh pesakit di wad ICU, Samad berkata beliau tidak menolak kemungkinan hal itu kerana oksigen adalah satu daripada unsur kebakaran.

“Selain haba dan bahan mudah bakar, oksigen adalah sifat kebakaran… alat bantuan pernafasan yang mengandungi oksigen memperkayakan oksigen di udara. Ini yang mengakibatkan api cepat merebak,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang keselamatan dan penyelenggaraan bangunan.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dilaporkan sebagai berkata kebakaran dipercayai sukar dikawal kerana adanya alat bantuan pernafasan mengandungi oksigen yang digunakan pesakit di wad ICU, menjadikan api merebak terlalu cepat.

Dalam perkembangan berkaitan, Samad menasihatkan pengurusan bangunan agar mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS) yang ditetapkan sebagai langkah keselamatan di premis masing-masing.

“Pencegahan adalah lebih baik, ambillah langkah awal sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meninjau lokasi kejadian dan melawat waris mangsa di HSA semalam mahu sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci kejadian kebakaran di hospital itu, yang dibina pada 1938.

Beliau berkata hasil siasatan itu kemudian akan digunakan sebagai panduan kepada semua hospital di negara ini terutamanya hospital yang perlu diubah suai atau dinaik taraf. – BERNAMA

Tags: Hospital Sultanah AminahHSAkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Titah Tunku Temenggong Johor supaya orang ramai tidak bermain mercun berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA)...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd