• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audit Kesiapsiagaan Kebakaran Di Semua Hospital Kerajaan

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menjalankan pengauditan kesiapsiagaan kebakaran di semua hospital di bawah kementerian itu secara berperingkat, bermula dengan hospital lama.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata langkah tambahan itu penting untuk mengelak kejadian kebakaran seperti insiden di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semalam berulang.

Beliau berkata kementerian bersama-sama agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya dan pihak perunding sememangnya memberi keutamaan yang tinggi kepada aspek keselamatan di samping memastikan ia dapat berfungsi mengikut keperluan perkhidmatan.

“Sebelum pembinaan, reka bentuk bangunan hospital perlu mematuhi sepenuhnya ketetapan pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta lain-lain keperluan seperti yang termaktub di dalam Universal Building By Law (UBBL).

“Begitu juga dengan sistem-sistem yang dipasang di dalam hospital adalah merupakan sistem yang telah mendapat pensijilan dari aspek fungsi dan keselamatan, sama ada mengikut standard tempatan mahupun antarabangsa, termasuklah sistem berkaitan seperti sistem mekanikal dan elektrikal,” katanya pada sesi penerangan menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sesi penerangan itu dibuat susulan insiden kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA yang mengorbankan nyawa enam pesakit yang dirawat di ICU berkenaan.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya hanya akan mengambil alih bangunan untuk dioperasikan apabila ia diperakukan siap sepenuhnya termasuk proses pengujian dan pentauliahan telah disempurnakan serta mendapat Sijil Layak Menduduki.

Beliau berkata semasa pengoperasian, penyelenggaraan berkala pula akan dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada kakitangan hospital terutama 10 kakitangan ICU HSA yang telah sedaya upaya cuba memindah dan menyelamatkan pesakit, sehingga tiga daripadanya pengsan kerana terhidu kepulan asap tebal.

Menjelas lanjut, Dr Subramaniam bagaimanapun berkata keadaan agak sukar ditangani memandangkan pesakit dalam unit itu berada dalam keadaan tidak sedar dan dipasangkan dengan mesin bantuan pernafasan serta pelbagai mesin dan peralatan lain.

Beliau berkata api juga marak dengan kepulan asap yang tebal, menyebabkan kebakaran menjadi tidak terkawal dan merebak ke seluruh ICU.

“Percubaan dan keberanian mereka bertindak menyelamatkan pesakit-pesakit tersebut walaupun ternyata membawa risiko kepada diri mereka sendiri demi keselamatan pesakit adalah sangat murni dan amat dihargai. Sikap mereka yang sangat bertanggungjawab untuk menjaga pesakit ini amatlah dibanggakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hospital KerajaankebakaranKementerian Kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd