• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas HSA Dibantu Tentera Gerakan Operasi Pembersihan

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Petugas dan kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini sibuk dengan aktiviti pembersihan wad-wad yang terjejas susulan kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang meragut enam nyawa semalam.

Operasi pembersihan wad dan kawasan sekitar itu turut dibantu lebih 30 anggota tentera Briged Ketujuh Infantri Malaysia dari Kem Tentera Tebrau yang tiba seawal 8 pagi.

Di perkarangan bangunan induk HSA, satu taklimat diberi oleh pihak hospital berhubung kerja pembersihan yang perlu dilakukan di wad-wad terjejas dalam kebakaran itu termasuk akibat asap tebal dan pancuran air.

Kebakaran di wad ICU di tingkat dua bangunan lima tingkat itu mengorbankan nyawa enam pesakit yang dirawat di ICU berkenaan, manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, A. Rahim Nin turut melawat HSA dan dilihat mendengar penerangan daripada pegawai hospital mengenai insiden itu.

Di Hospital Sultan Ismail (HSI) pula, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris berangkat melawat pesakit-pesakit HSA yang dipindahkan ke HSI semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat malam tadi berkata 51 pesakit termasuk tiga kakitangan HSA yang cedera susulan kebakaran itu kini ditempatkan di HSI.

Operasi memadamkan api dan menyelamatkan mangsa melibatkan lebih 160 anggota bomba tamat pada 1.30 tengah hari semalam. – BERNAMA

Tags: Hospital Sultanah AminahHSAkebakaranTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Titah Tunku Temenggong Johor supaya orang ramai tidak bermain mercun berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA)...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd