• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Catuan Air Di Melaka Tangguh Kerana Hujan Lebat

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pelan catuan air di negeri itu ditangguhkan kerana hujan lebat turun pada Selasa.

Hujan itu yang dihasilkan menggunakan kaedah pembenihan awan, mencegah paras air di tiga empangan di negeri itu jatuh ke paras kritikal.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata pembenihan hujan yang dilakukan pada Isnin membantu paras air di Empangan Durian Tunggal, Empangan Asahan dan Empangan Jus berada di atas paras kritikal 35 meter (m).

Paras air semasa di Empangan Durian Tunggal adalah 36m, Empangan Asahan 60.3m dan Empangan Jus 44m.

Kerajaan negeri pada Isnin mengumumkan pelan catuan air bermula esok jika paras air di tiga empangan itu terus menurun.

“Kita akan meneruskan pembenihan awan sehingga 2 November ini bagi mengelakkan proses catuan air,” katanya.

Idris berkata Syarikat Air Melaka turut mencari pelbagai kaedah termasuk memasang sistem paip dengan aliran masuk lebih besar dari Tasik Biru di Chinchin sebagai tambahan air kepada empangan yang semakin merosot.

“Selain pembenihan awan, kami melakukan pelbagai usaha untuk memastikan bekalan air mencukupi,” katanya.

Idris berkata walaupun catuan air dijalankan, ia akan dilakukan dengan cara paling bertanggungjawab dan secara bergilir-gilir bagi memastikan semua isi rumah menyimpan bekalan air.

Melaka pernah berdepan krisis air terburuk berikutan fenomena kemarau pada akhir tahun 1991 dan disebabkan kesilapan dalam pemantauan Empangan Durian Tunggal. – mStar Online

Tags: empanganMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa tindakan mengisytiharkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu di sebuah...

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd