• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gary Tinggalkan Running Man, Mahu Fokus Bidang Muzik

oleh AK-47
25/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA peminat tidak akan dapat melihat lagi ‘bibit-bibit percintaan’ antara Gary dengan ‘Pasangan Isnin-nya’, Song Ji Hyo!

Kang Gary dilaporkan bakal meninggalkan Running Man selepas enam tahun menyerikan game show tersebut.

Apabila ditanya mengapa beliau membuat keputusan berani itu, jelas Gary: “Saya ingin menghabiskan lebih banyak waktu untuk muzik. Dan saya ingin belajar lebih lagi tentang bidang ini.”

Khabarnya, Gary sudah pun memberitahu pihak produksi sejak setahun yang lalu tentang niatnya untuk keluar daripada Running Man.

Namun, keputusan Gary itu tidak dipersetujui mereka pada awalnya dan mereka mencuba pelbagai cara untuk memujuk lelaki berusia 38 tahun itu, namun tidak berhasil.

Meskipun berat hati, pihak produksi rancangan itu terpaksa akur dengan keputusan Gary dan mendoakan yang terbaik untuk perjalanan kariernya.

“Kami berterima kasih pada Gary kerana memberikan segalanya untuk acara ini selama bertahun-tahun, sebagai salah satu ahli asal dari Running Man. Gary ingin fokus pada kariernya sebagai pemuzik dan kami mendoakan yang terbaik untuknya,” kata pihak produksi kepada media K-Pop Korea Selatan, AllKPop.

Penggambaran terakhir Gary bersama Running Man akan dilakukan pada 31 Oktober nanti.

Gary merupakan ahli kedua yang meninggalkan siri permainan itu selepas Song Joong Ki yang tidak meneruskan pembabitannya dalam Running Man pada tahun 2011 lalu oleh kerana mahu fokus pada bidang lakonan. - MYNEWSHUB.CC

Tags: GaryRunning ManSong Ji Hyo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Sempat Kahwin, Kim Joo Hyuk Maut Kemalangan

31/10/2017
0

PELAKON popular yang merupakan anggota rancangan popular Korea Selatan, 2 Days 1 Night, Kim Joo Hyuk telah meninggal dunia di...

Kang Gary Umum Kahwini Gadis Biasa Secara Rahsia

06/04/2017
0

BEKAS anggota program candawara realiti popular Running Man, Kang Gary mengejutkan ramai peminatnya apabila mengesahkan dirinya telah selamat melangsungkan perkahwinan. Perkara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd