• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 2,000 Permohonan Layak Terima MyDeposit

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,903 permohonan telah diperaku layak menerima insentif Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit, sehingga 28 Sept lepas.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,029 pemohon layak untuk pembelian rumah baharu dan 874 pemohon bagi rumah sekunder.

Beliau berkata 6,298 permohonan diterima bagi skim MyDeposit melibatkan 3,658 permohonan bagi rumah baharu dan 2,640 permohonan bagi rumah sekunder, sehingga 30 Jun lepas.

“Selangor mencatatkan jumlah tertinggi permohonan iaitu sebanyak 1,989 permohonan, masing-masing 924 pemohonan bagi rumah baharu dan 1,065 permohonan bagi rumah sekunder,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tiong ingin tahu jumlah permohonan MyDeposit yang diluluskan daripada permohonan sesi pertama yang telah tamat pada Jun lepas.

Noh berkata Kuala Lumpur mencatatkan jumlah permohonan kedua tertinggi iaitu sejumlah 864 permohonan dan diikuti Pulau Pinang sebanyak 854 permohonan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) adakah peruntukan sejumlah RM200 juta bagi skim MyDeposit mencukupi, Noh berkata peruntukan tersebut masih ada bagi membiayai permohonan skim berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 241 pemohon sudah menerima pembiayaan berkenaan.

Noh berkata kerajaan sedia menimbang untuk membuka pendaftaran bagi permohonan baharu berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima daripada rakyat.

Skim MyDeposit, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Okt 2015, diwujudkan melalui penyerahan dana sebanyak RM200 juta oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama bagi tujuan pembayaran deposit.

Insentif yang diberikan terhad kepada bayaran deposit 10 peratus daripada harga jualan rumah atau maksimum RM30,000 mengikut mana yang terendah bagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah. – BERNAMA

Tags: beli rumahNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd