• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Kebakaran HSA Selesai Hampir Tiga Jam

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat mengawal kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) berjaya menyekat api dari merebak ke bahagian lain hospital berkenaan pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Johor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.56 pagi dan 10 jentera serta 160 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Tebrau, Kulai, Iskandar Putri dan Johor Jaya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, keadaan api ketika itu sedang marak dan asap tebal menyukarkan usaha memadamkan kebakaran.

“Kebakaran dipercayai bermula dari bilik rawatan wad tersebut dan anggota berjaya mengawal kebakaran dari merebak.

“Kebakaran melibatkan tingkat dua bangunan hospital berkenaan namun ia tidak merebak ke aras lain.

“Bomba berdepan dengan kesukaran mengesan mangsa berikutan asap tebal termasuk untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

Jelasnya, mangsa dibawa keluar melalui tangga dan tingkap ketika operasi menyelamat dijalankan.

Operasi Kebakaran HSA Selesai Hampir Tiga Jam

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran tersebut selesai sepenuhnya kira-kira jam 11.30 pagi tadi iaitu kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Katanya, kejadian tersebut melibatkan 10 orang mangsa iaitu empat orang berjaya diselamatkan terdiri daripada seorang pesakit wanita yang melecur 80 peratus, dua kakitangan hospital dan seorang pelajar praktikal.

Manakala, enam pesakit ditemui maut dalam kejadian kira-kra jam 9 pagi itu.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Logaswaran, Yusuf Hasan (kedua-duanya lelaki) serta Cho Lin Feng, Poh Ah Wah, Kaliama dan Meramaladeri yang semuanya berusia 50 an.

Mayat mangsa yang meninggal dunia dihantar ke unit forensik, HSA untuk bedah siasat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hospital Sultanah AminahHSAkebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Titah Tunku Temenggong Johor supaya orang ramai tidak bermain mercun berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA)...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd