• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Hidap Penyakit Leukimia Perlu Bantuan

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki menghidap penyakit leukimia (All Pre B) memerlukan bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan yang tinggi.

Muhammad Fazzren Isqandar Mohamad Firdaus, 2, dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena di sini dipercayai menghidap penyakit berkenaan pada Ogos lalu selepas membuat pemeriksaan berikutan mengalami demam yang lama.

Ayahnya, Mohamad Firdaus Ismail, 32, berkata anak sulung daripada dua beradik berkenaan berada dalam keadaan sihat sebelum mengalami demam yang lama, selain muntah apabila diberi makan.

Kanak-Kanak Hidap Penyakit Leukimia Perlu Bantuan

“Jika dia makan, mesti dia akan muntah balik dan keadaannya semakin hari semakin lemah, jadi saya dan isteri, Noor Malawaty Baharom, 27, membawa anak ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan sebelum doktor mengesahkannya menghidap leukimia pada 27 Ogos lalu.

“Dia perlu dibawa ke Hospital Pulau Pinang dalam tempoh ditetapkan bagi mendapatkan rawatan kerana tiada doktor pakar berkaitan penyakitnya di Kedah, jadi ia menelan kos yang sangat tinggi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Firdaus berkata selain itu, bahagian mata kanan anaknya juga tidak nampak selepas diselaputi selaput dan perlu menjalani pembedahan bagi membuang selaput berkenaan.

“Kini, anak saya dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kos rawatan yang ditanggung tidak mencukupi, kerana saya hanya bekerja kontrak dan hanya mampu memperoleh sekitar RM600 hingga RM1,000 sebulan.

“Isteri pula tidak bekerja kerana perlu menjaga anak kedua Nur Fazrina Azzahra, 11 bulan. Dalam tempoh hampir tiga bulan ini, saya telah membayar RM12,000 untuk menampung kos rawatan, kos perjalanan ke Hospital Pulau Pinang dan membeli barang keperluan anak,” katanya.

Tambah Mohamad Firdaus, dia perlu menampung sendiri kos perjalanan ulang-alik ke Hospital Pulau Pinang dan hanya diberi bantuan ambulans apabila berlaku kecemasan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohamad Firdaus di talian 017-5886033 atau menyalurkan derma melalui akaun CIMB beliau, 7047781722 @ 02110036451524. – BERNAMA

Tags: bantuankanak-kanakMuhammad Fazzren Isqandar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd