• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Makin Hampir, Amyra Tiada Masa Urus Kahwin

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon, Amyra Rosli tidak mempunyai masa untuk urusan perkahwinannnya dengan aktor Amar Baharin pada 11 November depan kerana jadual penggambaran yang padat.

Amyra, 26, berkata, dia beruntung kerana ibunya Noor Zaridah Ahmad yang juga pengurus dia bersama perunding perkahwinan banyak membantu bagi melancarkan majlis itu nanti.

“Saya tidak tahu apa akan jadi jika ibu dan pihak perunding perkahwinan tiada kerana sekarang ini saya sibuk untuk menyiapkan kerja sebelum berkahwin.

“Alhamdulillah setakat ini semua persiapan berjalan lancar cuma tinggal beberapa perkara kecil sahaja lagi,” katanya kepada mStar Online.

Amyra ditemui pada sidang media Anugerah Melodi 2016 di sini, Isnin.

Pada anugerah itu, Amyra dicalonkan menerusi kategori Personaliti Drama Melodi.

Dalam pada itu, Amyra berkata, walaupun dia sibuk dengan kerja dan urusan perkahwinan namun tidak menganggapnya beban tetapi ia merupakan rezeki sebelum berkahwin.

Katanya, apa yang paling penting dia perlu bijak membahagikan masa agar semua perkara dirancang berjalan lancar.

Majlis Makin Hampir, Amyra Tiada Masa Urus Kahwin

“Alhamdulillah tahun ini adalah tahun rezeki kerana banyak projek lakonan yang saya dapat sejak merancang untuk berkahwin.

“Malah kebanyakan penggambaran dilakukan di luar negara jadi sambil bekerja dapat berjalan-jalan di negara orang. Itu pun rezeki juga,” katanya.

Tambah Amyra, dia juga bakal berangkat ke Dubai pada Khamis ini untuk penggambaran drama bersiri, Isteri Tuan Ihsan yang menggandingkannya dengan Aaron Aziz.

Sementara itu, Amyra berkata, dia tidak berhasrat untuk memperlahankan karier seninya selepas berkahwin tambahan pula Amar tidak menghalangnya untuk berbuat demikian.

Malah kata pelakon ini, ada beberapa projek sudah menantinya selepas majlis perkahwinan mereka selesai.

Bercakap mengenai pencalonan dalam Anugerah Melodi 2016, Amyra berkata, dia tidak mengharapkan kemenangan dan menyerahkan kepada peminat untuk membuat undian.

“Dapat dicalonkan pun sudah syukur dan selebihnya saya serahkan kepada peminat membuat undian,” katanya. – mStar Online

Tags: amar baharinAmyra Rosli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amyra Tak Tolak Rezeki Hamil Lagi

26/02/2019
0

KUALA LUMPUR: Lebih setahun melahirkan anak sulung, pelakon Amyra Rosli mengakui, sudah bersedia sekiranya diberikan rezeki untuk hamil semula. Amyra...

Kecoh Amyra Hamil Rupanya Julia Ziegler

02/08/2018
0

PELAKON Amyra Rosli menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tular tersebar menerusi Internet baru-baru ini. Isteri kepada pelakon Amar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd