• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prinsip ‘Fiqh Tabayyun’ Harus Diperdanakan – PM

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menyemak asas kebenaran atau prinsip ‘fiqh tabayyun’ harus diperdanakan dan menjadi bidang ilmu yang perlu dikuasai umat Islam di negara ini.

Perdana menteri berkata beliau cukup khuatir jika umat Islam sendiri sudah tidak ‘ber-tabayyun’ dengan berita, malah menjunjung fitnah sebagai sesuatu yang benar serta wajar dipercayai.

Menurutnya, tamadun dan peradaban Islam terbina dengan sikap umat yang tepat terhadap prinsip ilmu dan takrifan kebenaran.

Justeru, katanyam, media sosial tidak boleh menjadi perkakas untuk meranapkan prinsip maqasid al-shariah.

“Fitnah yang bertebaran sehingga mengganggu-gugat lima teras kewaspadaan maqasid al-shariah – agama, akal, harta, nyawa dan keturunan – wajar ditolaksekeras-kerasnya,” katanya pada perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2016 ‘Fiqh Tabayyun: Mendepani Cabaran dan Fitnah Media Sosial’, di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut menyempurnakan majlis perasmian itu bagi pihak perdana menteri.

THadir sama Penasihat Agama kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Tan Sri Dr Abdullah Md Zin dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Hassan Said.

Kira-kira 500 tetamu hadir pada majlis anjuran IWM dengan kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM.

Najib dalam pada itu berkata selaku ketua negara dan pemimpin utama kerajaan, pihaknya tidak pernah memanipulasi data dan statistik untuk mengelirukan rakyat serta masyarakat umum.

“Saya sentiasa mengingatkan rakan-rakan dalam kabinet bahawa kita mesti mengutamakan kebenaran dan hak. Bukan memanipulasi fakta untuk kepentingan diri dan kumpulan yang kecil.

“Sayangnya, pendekatan sama tidak diguna pakai pihak lain. Mereka beranggapan kebenaran adalah milik eksklusif mereka semata-mata…apabila diberikan hujah balas, mereka menganggapnya sebagai ‘propaganda’ kerajaan, malah menuduh kita setaraf Joseph Goebbels dan Hitler,” katanya, merujuk kepada dua tokoh Nazi Jerman itu.

“Ini pendekatan langgar adab…ini pendekatan politik ‘langkah kebenaran’…ini pendekatan politik penting diri dan tamak kuasa,” katanya.

Justeru, Najib berkata kerajaan memulangkan segalanya kepada rakyat untuk membuat keputusan dan jika mereka bijaksana untuk meletakkan ‘fiqh tabayyun’ sebagai disiplin ilmu dalam mengukur kebenaran, majoriti rakyat akan tetap menyokong serta mendokong agenda pembangunan kerajaan.

Jika majoriti rakyat tidak rasional dan tidak bertabayyun, katanya, sudah pasti negara berada dalam keadaan politik yang sukar.

“Berlandaskan fitnah, pembohongan dan hasutan, Malaysia ini sudah bankrap dan muflis entah untuk kali yang ke berapa. Faktanya, pembentangan Bajet 2017 memberi gambaran sebenar bahawa ekonomi Malaysia masih kukuh, utuh dan kuat…yang bankrap dan muflis sebenarnya adalah kelompok kecil yang lahap dan haloba kuasa,” katanya.

Perdana menteri juga mengalu-alukan penubuhan Pusat Literasi Media yang turut dilancarkan pada majlis itu yang bertujuan menjadi penggerak dan pendorong kepada pemerkasaan usaha menyebarluaskan disiplin ‘fiqh tabayyun’.

“Seboleh mungkin, pusat ini dapat bergerak secara proaktif, mendekati pengamal media, masyarakat awam malah generasi muda Malaysia bagi memberikan mereka kefahaman tentang kepentingan menyaring dan menuras informasi, sekali gus mengutamakan prinsip hak dan kebenaran dalam erti kata sebenar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd