• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Maut Semasa Bantu Mangsa Kemalangan

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Niat seorang anggota tentera untuk membantu mangsa kemalangan di Kilometer 44 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur bertukar tragedi apabila beliau maut dirempuh sebuah kenderaan lain yang terbabas pada 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mangsa Khairul Anuar Zakariya, 33, anggota tentera darat di Kem Mempaga, Bentong di sini yang menaiki kenderaan tentera bersama rakannya Syvester Fredrick Timen, 31, melihat sebuah kereta jenis Proton Exora terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

Mereka kemudiannya keluar untuk menghulurkan bantuan bersama-sama seorang lagi pemandu kereta Nissan Sunny yang dikenali sebagai M. Raman, 37, namun secara tiba-tiba dirempuh sebuah lagi Proton Exora yang dinaiki enam sekeluarga yang turut terbabas.

“Mangsa dirempuh semasa sedang membantu memindahkan barang daripada kereta Proton Exora yang terbalik di dalam longkang ke kenderaan tentera yang dinaiki mereka.

Secara tiba-tiba sebuah lagi Proton Exora terbabas dan melanggar mereka. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya patah tangan kanan dan Raman pula patah kaki,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Mohamad Mansor berkata pemandu kereta Exora yang terbabas Ridhuan Rusdan, 33, terseliuh bahu kirinya manakala isterinya Norazura Yahya, 32 yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami luka-luka di badan.

Anak bongsu mereka berusia lima bulan Nur Zahra Adawiyah, luka di kepala manakala dua anaknya iaitu Nur Zahra Umairah, 6 dan Muhammad Zaid Zulfan, 4, tidak mengalami kecederaaan.

Turut cedera ialah adik Norazura, Nur Izah, 15 yang patah tangan.

Mohamad Mansor berkata pemandu kereta Exora yang terbabas ke dalam longkang pula ialah Mohammad Rizal Tarsi, 37, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas di sini, disahkan luka di kaki dan tangan.

Bagaimanapun isterinya Surita Nur Tajuddin, 38, dan dua anak mereka Nur Iman Aleeya, 12, dan Muhammad Iman Rifqie, 8, tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd