• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Peratus Kematian Di Hospital Kerajaan Berpunca NCD

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 70 peratus kematian yang berlaku di hospital kerajaan pada setiap tahun adalah berpunca daripada penyakit tidak berjangkit (NCD), menurut kajian.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata penyakit itu termasuk kencing manis atau diabetes, kanser dan tekanan darah tinggi.

“Kes-kes ini terlalu banyak dan kementerian mahu setiap individu memainkan peranan penting dan berusaha menjaga kesihatan masing-masing. Ia bukan hanya melibatkan kerajaan ataupun syarikat swasta sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran rasmi buku panduan masakan sihat Kinohimitsu Superfood Cookbook di Auditorium Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Dr. Hilmi juga berkata hampir 50 peratus rakyat di negara ini tergolong dalam kategori gemuk dan berat badan berlebihan dengan bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 25 manakala obesiti 30.

“Keadaan ini akan mendedahkan individu itu kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit dan cara pemakanan perlu diubah,” katanya.

Mengenai buku panduan masakan sihat itu, Dr. Hilmi berkata ia akan dapat membantu kerajaan menjayakan kempen cara hidup sihat.

Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Aishah Ong berkata hasil daripada jualan buku panduan masakan itu akan disalurkan ke tabung Yayasan IJN untuk membantu pesakit yang memerlukan dan penyelidikan oleh doktor pakar.

Beliau berkata RM3.5 juta digunakan pada tahun lalu untuk membantu 124 pesakit miskin dari seluruh negara, 71 daripada mereka dewasa dan 53 kanak-kanak.

“Buku ini sangat berguna kerana ia menyediakan resipi makanan yang sihat,” katanya.

Buku yang dihasilkan dengan kerjasama Syarikat Kino Biotech itu mengandungi 18 jenis resipi berasaskan produk kesihatan Kinohimitsu telah dijual sejak September lepas pada harga RM10 senaskhah dan boleh didapati di pusat jualan Watsons atau Lazada. – BERNAMA

Tags: hospitalkematianpenyakit tidak berjangkit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd