• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Cari Paragliding Akan Dihenti 7 Petang Ini

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Operasi mencari dan menyelamat pengendali paragliding yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di Pulau Arang di sini, akan ditamatkan pada 7 malam petang ini sekiranya tiada perkembangan positif diperoleh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata operasi yang memasuki hari ketiga itu, telah meliputi kawasan seluas 5 batu nautika di kawasan teluk Batu 1 hingga Batu 4.

Kekuatan operasi pada hari ini seramai 84 orang iaitu dari Jabatan Bomba, polis marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Perbandaran Port Dickson, Rela, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Radio Amatur, katanya.

“Operasi hari ini kita mulakan pada pukul 11 pagi berikutan keadaan air pasang dan sesi petang bermula pukul 3 petang tadi.

“Berdasarkan pencarian sehingga kini di lokasi spot dengan kaedah menyelam dan menjaring meliputi kawasan bermulanya titik jatuh di Pulau Arang hingga Pulau Bagan Lalang, Bagan Pinang dan Tanjung Tuan, tiada perkembangan positif diperoleh.

“Pasukan penyelamat telah buat keputusan untuk menamatkan operasi pada 7 petang ini dan kita hanya akan tunggu sedia di agensi masing-masing untuk sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Norazam berkata untuk operasi hari ini, sebanyak empat bot digunakan termasuk bot nelayan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt. Adzli Abu Shah berkata sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai orang hilang dan sebanyak lima rakaman percakapan saksi yang melihat kejadian itu, telah diambil.

“Sebaik laporan diterima kita juga turut membuat semakan dengan Jabatan Penerbangan Awam berkaitan aktviti ini dan mereka laporkan tiada.

“Saksi yang kita rakam percakapan juga merupakan saksi nyata yang memang nampak kejadian itu. Jadi, kita mohon orang ramai yang kehilangan anggota keluarga, rakan-rakan atau ternampak mangsa membawa alatan paragliding, boleh maklumkan kepada kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: lemasParagliding
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd