• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjual Burger Didenda RM500 Ceroboh Kem Tentera

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu peniaga burger didenda RM500 atau 15 hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh masuk ke dalam sebuah Kem Tentera tanpa kebenaran.

Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhkan hukuman itu kepada Muhammad Hafifi Azman, 27, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di kawasan milik Pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Jalan Ipoh pada 9.30 pagi, 5 Oktober lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah pergi ke kem itu untuk meminta bantuan kerana mendakwa pekebun kem yang sedang memotong rumput mahu mencederakannya.

Ketika tertuduh sampai di kem itu, pengadu Md Rafidi Zainol yang merupakan seorang anggota tentera yang bertugas di situ cuba menghubungi polis tetapi tertuduh bertindak melarikan diri ke arah kem namun dia berjaya ditahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia baru bekerja membantu abangnya menjual burger dan menanggung ibu yang sakit di kampung.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh. – BERNAMA

Tags: cerobohKem Tenterapeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd