• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Hubungan Malaysia-Thailand Terus Dipertingkat

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berharap hubungan baik dengan Thailand sepanjang negara itu berada di bawah pemerintahan Raja Bhumibol Adulyadej, terus dipelihara dan dipertingkat walaupun selepas kemangkatan baginda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata hubungan baik itu bukan hanya membabitkan hubungan diplomatik dan perdagangan tetapi juga dalam soal keselamatan di sempadan kedua-dua negara berjiran.

Katanya, selama 70 tahun berada di takhta, Raja Bhumibol yang mangkat pada 13 Oktober lalu, telah menunjukkan keprihatinan baginda terhadap hubungan kedua-dua negara dan sentiasa mempertahankannya.

“Dengan kemangkatan baginda, rakyat Malaysia mengharapkan hubungan dapat diteruskan terutama dalam program-program keselamatan, antara Polis Diraja Malaysia dan Polis Thailand serta angkatan tentera kedua-dua negara yang sedia rapat,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani Buku Takziah sebagai penghormatan terhadap Raja Bhumibol, di kediaman Duta Besar Thailand di Malaysia Damrong Kraikruan di Jalan Ampang di sini. Beliau turut merakamkan rasa simpati dan takziah kepada Damrong.

Timbalan perdana menteri yang turut merakamkan rasa simpati kepada rakyat Thailand atas kemangkatan raja yang disayangi mereka, berharap mereka terus menjaga negara mereka dengan sebaik-baiknya demi keutuhan dan kestabilan bukan hanya di Thailand tetapi juga rantau ini.id

Terdahulu, ketibaan Ahmad Zahid ke kediaman duta besar Thailand itu pada kira-kira 12.45 tengah hari disambut Damrong dan isterinya Suwanna Phukphat serta kakitangan kedutaan. Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Raja Bhumibol, yang memerintah Thailand selama 70 tahun selepas menaiki takhta pada 1946, mangkat pada 3.52 petang 13 Oktober lalu di Hospital Siriraj, seperti diumumkan oleh Biro Kerabat Diraja Thailand. Baginda berusia 89 tahun. – BERNAMA

Tags: Raja Bhumibol Adulyadej
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Upacara Pengebumian Raja Bhumibol Bermula

26/10/2017
0

BANGKOK - Upacara pengebumian mendiang Raja Bhumibol Adulyadej bermula hari ini dengan lebih 200,000 orang membanjiri kawasan pembakaran di sini....

12 Juta Beri Penghormatan Akhir Raja Bhumibol

08/10/2017
0

BANGKOK - Seramai 12 juta penduduk melawat Istana Besar di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd