• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Ikan Sangkar: LGE Kelirukan Rakyat P.Pinang

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan industri penternakan ikan dalam sangkar bermula selepas DAP mentadbir kerajaan Pulau Pinang, sedangkan hakikatnya industri itu dimulakan sejak 1999.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata industri itu dimulakan sejak 1999 semasa ditadbir Barisan Nasional (BN) dengan projek perintis penternakan ikan dalam sangkar di Pulau Gedong dilancarkan oleh bekas Menteri Pertanian, Datuk Dr. Sulaiman Daud.

“Kesemua pencapaian yang kini dimiliki oleh penduduk negeri ini adalah hasil daripada asas kukuh yang telah didirikan oleh kerajaan BN. Kenyataan Lim adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan rakyat.

“Hakikatnya, tindakan Lim adalah seperti yang dikatakan dalam pepatah ‘Lembu Punya Susu, Sapi Punya Nama’,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lim sebelum ini berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa industri yang mampu mendatangkan hasil berbilion ringgit itu dimulakan di bawah pentadbiran berprinsipkan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) kerajaan negeri pimpinan DAP pada 2008.

Teng berkata mengikut statistik Jabatan Perikanan Malaysia, Pulau Pinang mempunyai seramai 355 penternak ikan dalam sangkar sejak tahun 2001 dengan hasil pengeluaran lebih 2,093 metrik tan pada tahun yang sama.

“Industri ini telah lama bertapak di negeri ini dengan sokongan kerajaan BN sebelum Lim sampai tetapi kini beliau dakwa ini projek kerajaan CAT,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ikan SangkarLim Guan EngPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd