• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Lelaki Aktif Samun Di Timur Laut Ditahan

oleh
23/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Empat lelaki termasuk dua remaja aktif kegiatan samun di Daerah Timur Laut, di sini ditahan polis secara berasingan dalam Operasi Rentap sejak Jumaat hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam serbuan di Sungai Nibong pada Jumaat, polis menahan seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di kawasan itu sejak beberapa bulan lepas.

“Siasatan juga mendapati remaja itu terlibat dalam kes ragut membabitkan seorang wanita dalam perjalanan pulang bekerja di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini baru-baru ini serta beberapa kes lain,” katanya di sini hari ini.

Katanya polis turut merampas beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah remaja itu antaranya telefon bimbit serta pelbagai jenis beg dan sebuah motosikal yang digunakannya.

Mior Faridalathrash berkata seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan di kawasan Datuk Keramat, di sini semalam dan polis merampas pelbagai barangan antaranya telefon bimbit dipercayai hasil kegiatan ragut sejak beberapa bulan lepas di kawasan Nibong Tebal.

“Susulan penahanan lelaki itu, polis turut merampas sebuah motosikal dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dan usaha mengesan seorang rakan subahatnya berusia 20-an giat dijalankan,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata selain itu, dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun ditahan di Jelutong semalam dan siasatan mendapati mereka terlibat kegiatan samun di sekitar daerah itu sejak awal tahun ini.

Katanya modus operandi dua lelaki itu ialah menyasarkan golongan wanita yang bersendirian terutama waktu malam.

Keempat-empat lelaki itu kini direman untuk siasatan, katanya. – BERNAMA

Tags: Operasi Rentapsamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd