• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad 69 Imbau Kenangan Bertempur Komunis Di Sempadan

oleh
23/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BETONG – Biarpun sudah lebih 40 tahun berlalu, kenangan diserang pengganas komunis tidak pernah terpadam daripada fikiran bekas angggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Apa lagi ada yang melihat dengan mata sendiri rakan sepasukan terbunuh atau cedera dalam serangan di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand, demi menegakkan keamanan negara.

Baru-baru ini, seramai 23 bekas anggota Skuad 69 kembali semula ke beberapa lokasi kejadian di Betong, di sini dalam lawatan yang dianjurkan Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM.

Semua kenangan pahit getir ketika bertempur pada sekitar 1970-an itu tetap tersimpan kemas dalam hidup mereka dan ada antara mereka menitiskan air mata apabila mengenang kembali tragedi hitam tersebut ketika berada di lokasi berkenaan.

Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM, Datuk Abdul Aziz Bakar, 68, mengakui beliau hingga kini tidak dapat melupakan beberapa peristiwa yang menyayat hati ketika anggota pasukan diserang hendap pengganas itu.

Beliau sendiri pernah memangku seorang anggota keselamatan yang ditembak sebelum anggota itu meninggal dunia dalam satu kejadian serang hendap pengganas komunis ketika mengawal keselamatan di sempadan negara.

“Kekejaman pengganas komunis ini tidak akan kami maafkan kerana kami bertugas untuk keamanan, mereka pula menimbulkan huru-hara dan membunuh orang awam serta menyerang pasukan keselamatan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau hadir bersama bekas anggota Skuad 69 yang rata-ratanya telah berusia lebih 68 tahun itu bagi meninjau semula beberapa lokasi dalam siri serangan tersebut.

“Persatuan ini ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan ahli dan keluarga mereka,” katanya.

Menurut beliau, keahlian persatuan yang diwujudkan tiga tahun lalu terbuka kepada semua anggota bekas Skuad 69 dan anggota PDRM.

Seorang bekas anggota Skuad 69, Mohammed Nor Bahari, 68, yang kini menetap di Kluang, Johor berkata beliau pernah berdepan empat serangan hendap pengganas komunis di kawasan sempadan dan di sekitar kawasan operasi di sini.

Beliau yang menyertai PDRM pada 1969 sehingga 2004 berkata, antara pengalaman yang dilaluinya semasa serangan hendap pengganas adalah memangku seorang rakannya yang terkena peluru.

“Saya masih terbayang kejadian serang hendap komunis di sebuah kampung di sekitar Betong di sini yang mengorbankan Inspektor Yusof Talib, dan mencederakan Konstabel Mohd Yassin di hadapan mata saya,” katanya yang juga ditembak di paha kanan.

Sepanjang lawatan mengimbau kenangan di lokasi tertentu sewaktu menyertai operasi dulu, mereka turut melawat perkampungan bekas pengganas komunis di sini. – BERNAMA

Tags: KomunisSempadan ThailandSkuad 69
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

Suami Isteri Beri Keterangan Mengenai Karikatur Komunis

13/01/2021
0

GEORGETOWN - Pasangan suami isteri yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis di restoran milik mereka tampil ke Ibu Pejabat Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd