• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ceraikan Isteri Setelah Melihatnya Tanpa Mekap

oleh
23/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Hanya beberapa hari sahaja setelah bernikah, seorang lelaki di Dubai menceraikan isterinya. Ini setelah dia melihat wanita itu tanpa mekap buat pertama kali.

Menurut laman Daily Mail yang menukil Gulf News, semuanya berlaku gara-gara pasangan itu bermandi di dalam laut di Pantai Al Mamzar di Dubai.

Apabila air laut membersihkan muka wanita berusia 28 tahun itu daripada sebarang mekap, suaminya dikatakan tidak dapat mengenali isterinya sendiri.

Malah menurut Daily Mail, lelaki berusia 34 tahun itu menuduh isterinya menipunya kerana memakai mekap terlalu tebal dan terlalu banyak bulu mata palsu.

Dr. Abdul Aziz Asaf, seorang ahli psikologi konsultan yang sedang membantu wanita itu menghadapi perceraiannya, memberitahu Gulf News bahawa lelaki itu serta merta menceraikan isterinya dan enggan disatukan semula.

Sebenarnya, wanita itu pernah menjalani pembedahan kosmetik sebelum mereka berkahwin, dan berniat mahu memberitahu suaminya tentang hal itu, lapor Daily Mail. Pasangan itu sudah bertunang selama enam bulan sebelum bernikah.

Dr. Abdul Aziz memberitahu Gulf News bahawa lelaki tersebut tidak fikir isterinya kelihatan secantik seperti ketika beliau memakai mekap. – Agensi

Tags: ceraimekap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd