• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MMA Mahu Polis Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa polis memohon maaf berhubung insiden seorang doktor lelaki dikasari sepasukan polis di Hospital Serdang pada 7 Okt lepas.

Presidennya, Dr John Chew berkata Dr R. Thanendran menjadi mangsa kesilapan polis selepas beliau melarikan diri daripada anggota pasukan keselamatan itu ketika diarahkan berhenti.

“Kami mahukan permohonan maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, walaupun selama ini kami berdiam diri kerana semua doktor berhati mulia.

“Bagaimanapun, tiada permohonan maaf yang dikemukakan. Kami faham dengan kekesalan yang diluahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Namun MMA tetap membantah kenyataan itu dan kekal dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan pegawai kesihatannya dalam premis mereka,” kata Dr Chew.

Semalam, Khalid menyatakan kekesalannya dalam insiden di mana Pasukan Khas Unit Jenayah Terancang mengasari seorang pegawai perubatan di Hospital Serdang.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan polis tidak akan memohon maaf atas insiden itu dan mempertahankan pasukan tersebut yang telah melakukan tugas dengan betul.

“Pasukan Khas itu sedang memburu suspek bersenjata dan mereka perlu menjalankan tugas dan mempunyai cara tersendiri mengendalikan penjenayah. Doktor itu berlari ketika diminta berhenti.

“Apabila anda diminta berhenti, anda perlu berhenti,” kata Khalid. – BERNAMA

Tags: MMApolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan masalah jerebu rentas sempadan yang terus mengancam kesihatan jutaan rakyat Malaysia bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd