• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Pembayaran Akhir Khas Pembeli PR1MA Diperkenal

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skim pembayaran akhir khas jenis kadar tambah bagi program Perumahan Rakyat 1Malaysia yang memberi pembiayaan lebih mudah dan ‘accessible’ kepada pembeli diperkenalkan dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana menteri berkata melalui skim ini, jumlah pinjaman mencecah 90 peratus hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.

“Contohnya, pemohon yang berpendapatan RM3,000 sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih RM187,000. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih RM295,000,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017, di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Jan 2017 dan ia merupakan hasil kerjasama antara pihak kerajaan, Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan Ambank.

Di samping itu Najib turut mengumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan bagi membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.

Bagaimanapun, beliau berkata layanan pengecualian tersebut terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Jan 2017 sehingga 31 Dis 2018.

PR1MA mendapat sambutan amat memberangsangkan dengan setakat ini, lebih 12,000 unit kediaman berjumlah RM3.3 bilion telah ditempah, manakala 85,000 1agi dalam pelbagai peringkat kelulusan, katanya. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd