• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Inisiatif Beri Peluang Rakyat Miliki Rumah

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membolehkan rakyat memiliki rumah mampu milik antaranya melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit), Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menurut laporan ekonomi 2016/17 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, sebanyak 96,254 unit rumah PR1MA sedang dalam pembinaan pada akhir Ogos tahun ini, manakala 10,000 unit dijangka siap akhir tahun ini.

Sementara itu, MyDeposit yang dilancarkan pada April lepas untuk menyediakan sehingga 10 peratus atau maksimum RM30,000 yang mana lebih rendah untuk bayaran pendahuluan bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, telah memanfaatkan 1,624 pembeli pada akhir Ogos tahun ini.

Laporan itu turut menyatakan sebanyak 36,316 buah rumah di bawah program RMR1M siap dibina sejak 2002, dan pada akhir Ogos tahun ini 1,626 buah rumah sedang dalam proses pembinaan, kebanyakannya di Johor sebanyak 325 buah rumah, di Terengganu (299), Perak (209) dan Kedah (132).

Dalam pada itu, isu penempatan semula setinggan dan pemilikan rumah dalam kalangan golongan berpendapatan rendah terus diberi perhatian oleh kerajaan antaranya melalui PPR yang dimulakan pada 2002.

Pada 2016, kerajaan berhasrat membina 13,130 unit apartmen dan 5,542 unit rumah teres untuk setinggan dan isi rumah berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM2,500 sebulan.

Sejak 2002, sebanyak 80,252 buah rumah dibina dan pada akhir Ogos tahun ini, 8,928 unit pangsapuri dan 2,452 unit rumah teres sedang dalam proses pembinaan; manakala 4,202 unit pangsapuri dan 3,090 unit rumah teres dalam proses perancangan.

Sejak 2009 hingga akhir Ogos tahun ini, kerajaan telah menyelesaikan 182 atau 80 peratus daripada projek perumahan terbelengkalai yang memanfaatkan 32,641 pembeli; sementara 20 projek dalam pelbagai peringkat pembinaan melibatkan 4,610 pembeli dan dua lagi projek dengan peruntukan RM20 juta sedang dalam proses pemulihan.

Sementara itu, sebanyak RM45 juta dibelanjakan melalui Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) melibatkan 88 projek yang memanfaatkan penduduk strata sehingga akhir Ogos 2016.

Program yang diwujudkan bagi menyediakan persekitaran hidup yang kondusif dan selesa untuk penduduk di perumahan kos rendah dan sederhana itu turut menyelenggara dan membaik pulih 62 kawasan perumahan strata dengan perbelanjaan RM21.6 juta.

Laporan tersebut turut menyatakan kerajaan mensasarkan pembinaan 100,000 unit rumah di bawah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada 2018 dengan harga antara RM90,000 dan RM300,000.

Pada akhir Ogos 2016, sejumlah 18,162 unit rumah PPA1M sedang dalam pembinaan; 499 unit telah memperoleh Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan; 17,665 unit mendapat kelulusan Kebenaran Merancang; dan 6,045 telah mendapat kelulusan Pelan Bangunan. – BERNAMA

Tags: Rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd