• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakan Mati Tertembak Ketika Buru Babi Hutan

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pemburu maut selepas terkena tembakan semasa keluar memburu bersama empat lagi rakannya di kebun kelapa sawit dekat Jalong, Sungai Siput Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Oi Boon Woo, 58, dipercayai maut ditempat kejadian selepas terkena tembakan di bahagian kanan dada.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata siasatan awal mendapati lima sekawan itu pergi ke ladang kelapa sawit milik persendirian untuk memburu babi hutan.

“Semasa kejadian rakan mangsa yang berusia 65 tahun ternampak babi hutan melintas lalu melepaskan tembakan.

“Semasa mencari haiwan yang ditembak itu, lelaki terbabit ternampak mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan disyaki sudah mati,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Amalan Persekitaran Berkualiti dan latihan Dalam Perkhidmatan Ekosistem Kondusif (EKSA) Peringkat Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Hasnan berkata selepas menyedari mangsa yang juga rakannya itu telah mati, lelaki berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Jalong.

“Susulan itu polis merampas beberapa senjata termasuk senapang patah selain dua motosikal dan sebuah pacuan empat roda serta seekor babi hutan yang sudah mati.

“Polis juga sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Keempat-empat rakan mangsa direman tujuh hari mulai Rabu hingga 25 Okt ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: babi hutankes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd