• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam, Kerani Didakwa Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang peguam di sebuah firma guaman di ibu negara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan mengedar dadah seberat lebih satu kilogram, minggu lepas.

Peguam lelaki itu turut dituduh bersama seorang kerani wanita yang juga rakannya.

Tertuduh, G. Sivakumar, 50, dan P. Sivagami, 38, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Rahimah Rahim, bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap kesemua pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Sivakumar dan Sivagami didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 95.5 gram di tempat letak kereta di hadapan sebuah rumah bernombor di Taman Desa Seringin, Nilai dekat sini pada 8 malam, 14 Okt lalu.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis kanabis seberat 1 kg di lokasi dan masa yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Dis depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam M. Haresh dan Ramzani Idris. – BERNAMA

Tags: kes dadahPeguam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd